Ahad, 3 November 2013

RESEPI AISKRIM

RESEPI AISKRIM

Aiskrim:-

1 Pek Tepung Aiskrim

1 Pek Ovalette

+ 450 ml Susu Segar/Susu Berperisa

==========>

Cara Penyediaan:

1.Pukul tepung aiskrim dan susu sehingga sebati.

2.Masukkan ovalette dan pukul sehingga kembang (akan naik dua kali ganda).

3.Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer selama lebih 8 jam.

4.Sedia dihidang.





==========>











 

Nota: Jika ingin menyediakan aiskrim berperisa coklat dan strawberi, boleh terus menggunakan susu berperisa strawberi dan coklat. Untuk perisa lain pula seperti durian, jagung dan sebagainya, masukkan 2 sudu besar pes berperisa buahan pilihan anda.

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CAKE

 RESEPI ‘HOKKAIDO CHIFFON CAKE’









Kek:-

- 1 Pek Tepung Kek (118 g)

- 4 Kuning Telur

- 40 ml Minyak

- 40 ml Susu Segar

- 4 Biji Putih Telur

- 1 Pek Serbuk Gula (80 g)

==========>

Cara Memasak:

1.Kacau kuning telur, minyak dan susu bersama tepung kek sehingga sebati.

2.Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan serbuk gula dan pukul sampai bertanduk.

3.Kaup balikkan adunan putih telur dan adunan (a) sehingga sebati.

4.Masukkan ke dalam cawan kertas keras dan bakar pada suhu 180 c selama 30 minit.

==========>

Custard Filling:

- 1 Pek Serbuk Custard Filling (60 g)

- 200 ml susu

- 1 biji telur

- 1 sudu besar butter

==========>

Cara Memasak:

1.Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak diatas api kecil sehingga likat. Sejukkan.

2.Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kek yang telah sejuk sehingga naik. Hiaskan dengan taburan gula aising.

==========>

Nota: Untuk hiasan, boleh dihiaskan diatas kek dengan krim putar dan diletakkan hirisan buah strawberi, kiwi dan sebagainya.

Tips 7: Penggunaan Mentega vs Marjerin

<< Tips 7: Penggunaan Mentega vs Marjerin >>

Kek & biskut yang enak dan sedap adalah yang menggunakan mentega kerana kandungan tenusu dalam mentega lebih tinggi berbanding dalam marjerin. Kesilapan ramai orang adalah menukar dari menggunakan mentega kepada marjerin dalam adunan kek dan biskut mereka. Hasilnya tekstur kek menjadi kasar dan biskut mereka tidak pecah apabila di baling ke dinding. Murah memang murah tapi kualiti kek dan biskut yang kita hasilkan haruslah berada pada tahap no.1 supaya ramai org suka hidangan dessert kita dan makan sampai lebam. .

Pls like & share utk amalan sedekah elmu pepagi ini.

A"+" Bakery & Cookies



Tips 6: Teknik Menghasilkan Gula Aising Sendiri

<<Tips 6: Teknik Menghasilkan Gula Aising Sendiri>>

Gula aising adalah serbuk gula yang paling halus. Untuk menghasilkan gula aising, gunakan pengisar kering dan mesin kering gula bersama sedikit tepung jagung. Tepung jagung ini bertindak sebagai penghalang yang menggelakkan gula yang dimesin berketul-ketul semula atau bergumpal. Wah, sudah boleh jadi pengeluar gula aising pula ya. Selamat mencuba

A"+" Bakery & Cookies



Sabtu, 2 November 2013

The power of sedekah

Bersedekahlah walaupun sedikit...

Kita tidak perlu tunggu kaya utk bersedakah kerana kuasa sedekah itu dpt dilihat dr segi keberkatan rezeki yg kita perolehi antaranya :-
-Bisnes kita makin maju
-Ramai sayang/perlu kita
-Umur panjang
-Terhindar dr penyakit/musibah
-Keluarga bahagia
-Merendah diri
-Iiwa tenang
-Ibadah terjaga
-dll buktikan sendiri

Kita tidak akan miskin/pape dgn bersedekah kerana Allah akan melipat gandakan sedekah kita....InsyaAllah...Aamiin...Ya Rabb Alamin.


Kek Red Velvet

Pertame kali buat alhamdullah jd, senang sangat dgn tepung primex red velvet cake.
Mudah senang & sedap(geranti jadi)

A+ bakery & cookies


Jumaat, 1 November 2013

Tips 5: Teknik Tambah Kasih Sayang Dalam Makanan

<<Tips 5: Teknik Tambah Kasih Sayang Dalam Makanan>>

Tips yang bakal saya kongsikan ini bakal membuatkan suami dan anak2 sentiasa melekat dan sgt sayangkan anda. Caranya cukup mudah. Setiap kali anda mengacau masakan atau mengadun adunan kek dan sebagainya, kacau atau adunlah ia mengikut arah lawan pusingan jam sambil berselawat dan niatkan yang hasil air tangan anda ini bakal membuahkan kasih syg yg mendalam. Tetiba dah kongsikan rahsia pengasih kan? Hehehe. Selamat berselawat dlm masakan dan baking ya.

A"+" Bakery & Cookies



Khamis, 31 Oktober 2013

Tip 4 - Teknik Mendapatkan Biskut Yang Cantik Rupa

<<Tips 4: Teknik Mendapatkan Biskut Yang Cantik Rupa>>

Biskut yang cantik rupa indah pada pandangan mata kan? Untuk mendapatkan biskut begini, anda boleh laraskan oven anda dengan menggunakan api bawah sahaja semasa pembakaran biskut dan laraskan pada suhu yang bersesuaian supaya hanya bahagian bawah biskut sahaja yang garing manakala bahagian atasnya kekal cantik dan tidak kelihatan hangus. Tapi perlu ingat juga, tak semua biskut dibakar menggunakan api bawah sahaja ya.

A"+" Bakery & Cookies



Rabu, 30 Oktober 2013

Packaging Baru Produk Kami.

Produk kami berwajah baru.

Demi menjaga kualiti produk.Lepas ni tak perlulah beli bekas kat kedai untuk simpan bahan-bahan kek .

Bekas ni boleh guna balik...nak simpan benda lain pun ok kan...


Anda juga boleh mengikuti perkembangan kami di facebook : - A+ Bakery & Cookies

https://www.facebook.com/Abakerycookies 





Rabu, 23 Oktober 2013

Katalog Produk

Katalog Produk




















 

Teknik Menyedapkan Lagi Rasa Kek

<<Tips 3: Teknik Menyedapkan Lagi Rasa Kek>>

Untuk mendapatkan kek yang sedap dan lemak2 gitu, anda boleh masukkan sedikit serbuk santan atau 2 sudu besar santan ke dalam adunan kek. Pasti rasa kek anda akan lebih sedap berbanding kek lain dalam dunia ini.


KEK PELANGI

Ramai orang fikir nak buat kek macam ni susah.. tengok saja pun dah rasa pening kepala.

tapi makan nya nak..jangan susah hati....

Saya buat kek ni senang jer,cuma tambah telur,susu segar dan minyak sayuran.3 bahan tu jer..?

ish3..senang jer rupanya..

meh saya tunjukkan caranya :-

1pek tepung kek pelangi(ade 4jenis warna)
1warna tepung kek cuma tambah 1biji telur,sedikit susu dan sedikit minyak sayuran.
pastu bakar.
ulangi warna tepung kek seperti tadi.bila dah siap lapiskan macam gambar dibawah..
pastu deco..senang kan.

 



Untuk dapatkan tepung premix daripada saya sila pergi ke KATALOG yang saya telah sediakan.
Pelbagai jenis tepung premix untuk kek dan cookies pilihan anda dibawah ni :-

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.722720271076251.1073741828.722718214409790&type=1 
 

KEK BALDU MERAH

KEK BALDU MERAH

Agak2 kalau beli yang dah siap berapa sebiji ni?

RM50,RM60 atau RM70?

Kalau buat sendiri berapa modal ni?

1pek tepung kek baldu merah(500g)-RM7
4biji telur
1cawan minyak
1cawan susu cair
sedikit cuka

bahagian topping:
150g krimkeju
70g mentega
70g gula aising
sedikit cuka

agak2 sampai tak modal RM20?
Kan jimat buat sendiri kan?


Isnin, 21 Oktober 2013

Tips Motivasi

Emosi merupakan potensi kekuatan yg tersembunyi dlm setiap diri kita ia adalah satu anugerah yg tidak terhingga jd gunaknlah energi emosi kita bagi menarik kekayaan,kejayaan,kesihatan kebahagiaan,keberkatan dunia akhirat... Amin

Teknik Menggunakan Oven

<<Tips 2: Teknik Menggunakan Oven>>

Of course ramai yg tahu setiap kita menggunakan brand, kapasiti atau bentuk oven yg berbeza. Ada yg gunakan oven yg kecil 19 L dan ada juga yg juga oven industri. Ia bergantung kpd betapa besar bisnes bakeri masing-masing. Maka, anda jangan anggap suhu membakar dalam oven atau masa yg ditetapkan utk bakar kek, biskut dan sebagainya sama antara oven anda dgn org lain. Pastikan anda check dahulu tahap kepanasan oven ada sebab mungkin orang guna suhu 150 c, ada orang 130 c dan ada orang 180 c. Ia bergantung kepada oven masing-masing. Maka, check oven dahulu kemudian baru tentukan smada oven yang salah atau resepi yang salah. Boleh boleh?






Selamat mencuba !!! Dapatkan lebih banyak tips dan resepi di :-

https://www.facebook.com/Abakerycookies 

RESEPI DONUT GEBU

RESEPI DONUT GEBU

Donut:-

1 Pek Tepung Donut (300 g)

+ 1 Biji Telur

+ 100 ml air suam

+ 1 sudu besar butter



Cara Penyediaan:

1.Uli semua bahan sehingga menjadi doh. Rehatkan selama 1 jam.

2.Tumbukkan doh yang kembang dan canaikan doh kepada ketebalan yang dikehendaki.

3.Gunakan acuan donut atau bentukkan menjadi donut. Rehatkan doh dan biarkan ia mengembang 2 kali ganda.

4.Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan/masak.

5.Salutkan donut dengan gula kaster atau mengikut topping cairan coklat kegemaran anda dan dihias dengan coklat cip, kekacang dan sebagainya.



Selamat mencuba !!!

Dapatkan lebih banyak resepi & tips di :-

https://www.facebook.com/Abakerycookies

Teknik Mendapatkan Tekstur Kek Yang Gebu

<<Tips 1: Teknik Mendapatkan Tekstur Kek Yang Gebu>>

Semasa anda membuat percampuran bahan kering, kesemua bahan tersebut seharusnya diayak. Pengayakan berganda akan membuat campuran kering adunan kek anda menjadi semakin halus. Walaupun kerja ayak mengayak ini agak leceh, tapi ia bakal membuatkan anda menghasilkan kek yang sangat gebu.


Selamat mencuba !!! Dapatkan lebih banyak resepi dan tips di :-

https://www.facebook.com/Abakerycookies