RESEPI AISKRIM
Aiskrim:-
1 Pek Tepung Aiskrim
1 Pek Ovalette
+ 450 ml Susu Segar/Susu Berperisa
==========>
Cara Penyediaan:
1.Pukul tepung aiskrim dan susu sehingga sebati.
2.Masukkan ovalette dan pukul sehingga kembang (akan naik dua kali ganda).
3.Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer selama lebih 8 jam.
4.Sedia dihidang.
==========>
Nota: Jika ingin menyediakan aiskrim berperisa coklat dan strawberi,
boleh terus menggunakan susu berperisa strawberi dan coklat. Untuk
perisa lain pula seperti durian, jagung dan sebagainya, masukkan 2 sudu
besar pes berperisa buahan pilihan anda.
Ahad, 3 November 2013
RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CAKE
RESEPI ‘HOKKAIDO CHIFFON CAKE’
Kek:-
- 1 Pek Tepung Kek (118 g)
- 4 Kuning Telur
- 40 ml Minyak
- 40 ml Susu Segar
- 4 Biji Putih Telur
- 1 Pek Serbuk Gula (80 g)
==========>
Cara Memasak:
1.Kacau kuning telur, minyak dan susu bersama tepung kek sehingga sebati.
2.Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan serbuk gula dan pukul sampai bertanduk.
3.Kaup balikkan adunan putih telur dan adunan (a) sehingga sebati.
4.Masukkan ke dalam cawan kertas keras dan bakar pada suhu 180 c selama 30 minit.
==========>
Custard Filling:
- 1 Pek Serbuk Custard Filling (60 g)
- 200 ml susu
- 1 biji telur
- 1 sudu besar butter
==========>
Cara Memasak:
1.Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak diatas api kecil sehingga likat. Sejukkan.
2.Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kek yang telah sejuk sehingga naik. Hiaskan dengan taburan gula aising.
==========>
Nota: Untuk hiasan, boleh dihiaskan diatas kek dengan krim putar dan diletakkan hirisan buah strawberi, kiwi dan sebagainya.

Tips 7: Penggunaan Mentega vs Marjerin
<< Tips 7: Penggunaan Mentega vs Marjerin >>
Kek & biskut yang enak dan sedap adalah yang menggunakan mentega kerana kandungan tenusu dalam mentega lebih tinggi berbanding dalam marjerin. Kesilapan ramai orang adalah menukar dari menggunakan mentega kepada marjerin dalam adunan kek dan biskut mereka. Hasilnya tekstur kek menjadi kasar dan biskut mereka tidak pecah apabila di baling ke dinding. Murah memang murah tapi kualiti kek dan biskut yang kita hasilkan haruslah berada pada tahap no.1 supaya ramai org suka hidangan dessert kita dan makan sampai lebam. .
Pls like & share utk amalan sedekah elmu pepagi ini.
A"+" Bakery & Cookies

Tips 6: Teknik Menghasilkan Gula Aising Sendiri
<<Tips 6: Teknik Menghasilkan Gula Aising Sendiri>>
Gula aising adalah serbuk gula yang paling halus. Untuk menghasilkan gula aising, gunakan pengisar kering dan mesin kering gula bersama sedikit tepung jagung. Tepung jagung ini bertindak sebagai penghalang yang menggelakkan gula yang dimesin berketul-ketul semula atau bergumpal. Wah, sudah boleh jadi pengeluar gula aising pula ya. Selamat mencuba

Sabtu, 2 November 2013
The power of sedekah
Bersedekahlah walaupun sedikit...
Kita tidak perlu tunggu kaya utk bersedakah kerana kuasa sedekah itu dpt dilihat dr segi keberkatan rezeki yg kita perolehi antaranya :-
-Bisnes kita makin maju
-Ramai sayang/perlu kita
-Umur panjang
-Terhindar dr penyakit/musibah
-Keluarga bahagia
-Merendah diri
-Iiwa tenang
-Ibadah terjaga
-dll buktikan sendiri
Kita tidak akan miskin/pape dgn bersedekah kerana Allah akan melipat gandakan sedekah kita....InsyaAllah...Aamiin...Ya Rabb Alamin.
Kek Red Velvet
Pertame kali buat alhamdullah jd, senang sangat dgn tepung primex red velvet cake.
Mudah senang & sedap(geranti jadi)
A+ bakery & cookies
Mudah senang & sedap(geranti jadi)
A+ bakery & cookies
Jumaat, 1 November 2013
Tips 5: Teknik Tambah Kasih Sayang Dalam Makanan
<<Tips 5: Teknik Tambah Kasih Sayang Dalam Makanan>>
Tips yang bakal saya kongsikan ini bakal membuatkan suami dan anak2 sentiasa melekat dan sgt sayangkan anda. Caranya cukup mudah. Setiap kali anda mengacau masakan atau mengadun adunan kek dan sebagainya, kacau atau adunlah ia mengikut arah lawan pusingan jam sambil berselawat dan niatkan yang hasil air tangan anda ini bakal membuahkan kasih syg yg mendalam. Tetiba dah kongsikan rahsia pengasih kan? Hehehe. Selamat berselawat dlm masakan dan baking ya.

Langgan:
Catatan (Atom)